h1

Aisyah Ummul Mukminin

Desember 20, 2009

Aisyah Ummul Mukminin

Keanggunan Sebenarnya…

Sejarah Hidup Aisyah

Aisyah terkenal dengan nama panggilan as-Siddiqah. As- Siddiqah adalah perkataan Arab yang bermaksud “perempuan yang berkata benar”. Ada kisah menyebut nama timangannya adalah ­Humaira’ yang bererti kemerah-merahan. Namun, tiada bukti yang sahih atau jelas berkenaan perkara ini.

Aisyah juga turut dikenali dengan panggilan Ummul Mukminin yang bererti ibu bagi seluruh orang mukmin.

Nama sebenar bapa Aisyah adalah Abdullah tetapi beliau lebih dikenali dengan panggilan Abu Bakar as-Siddiq. Ibunya pula bernama Ummu Ruman. Kedua ibu bapa Aisyah adalah daripada suku bangsa Arab Quraisy. Abu Bakar berketurunan bani Tamim manakala Ummu Ruman daripada bani Kinanah. Nama penuh Aisyah serta keturunannya daripada sebelah bapanya adalah Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq bin Abu Quhafah bin Utsman bin Amir bin Umar bin Ka’ab bin Saad bin Tamim bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Fihr bin Malik.

Sementara nama penuh serta keturunannya daripada sebelah ibu pula adalah Aisyah binti Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Abdu Syams bin Itab bin Udzainah bin Sabi’ bin Wahban bin Harits vin Ganam bin Malik bin Kinanah. Keluarga bapa Aisyah mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Muhammad pada keturunan yang ketujuh. Keluarga ibunya pula mempunyai pertalian keluarga dengan datuk Rasulullah yang ke-11 ataupun ke-12.

Aisyah Semasa Kecil

Tanda-tanda kecerdasan seseorang sudah jelas kelihatan walaupun mereka masih kecil. Hal ini dapat dilihat daripada tutur bahasa serta tingkah laku. Begitu halnya dengan Aisyah. Sejak kecil lagi beliau sudah menampakkan sifat yang terpuji serta kepintaran akal melalui perbuatan dan tingkah laku. Aisyah juga seperti kanak-kanak lain suka bermain bersama kawan-kawan yang dating ke rumahnya. Namun, Aisyah sangat menjaga budi pekertinya terutama semasa Rasulullah SAW dating mengunjunginya. Walaupun sibuk bermain, beliau akan segera menyimpan barang mainannya. Kawan-kawan sepermainannya pun turut menghilangkan diri. Nabi Muhammad sangat sayangkan kanak-kanak. Oleh itu, baginda memanggil mereka dating supaya terus bermain dengan Aisyah.

Bukhari, Muslim, dan Ibnu Hibban ada merakamkan kisah yang diceritakan sendiri oleh Aisyah. “Aku selalunya bermain dengan kawan-kawanku. Semasa Rasulullah datang, mereka pun lari bagi menyembunyikan diri tetapi baginda menyuruh kami terus bermain.”

Aisyah suka bermain anak patung dan buaian. Pada suatu hari, Nabi Muhammad datang kepadanya semasa beliau sedang bermain. Rasulullah terlihat patung kuda yang bersayap dua. Baginda pun bertanya, “Ini apa wahai Aisyah?’

“Kuda,” jawab Aisyah.

“Adakah kuda bersayap dua?” Nabi Muhammad bertanya.

“Bukankah kuda Nabi Sulaiman banyak sayapnya?”

Nabi Muhammad tertawa mendengar jawapan Aisyah yang spontan itu. Hadis ini dicatat oleh Abu Dawud. Jawapan Aisyah menunjukkan kecerdikan serta pengetahuannya berkenaan agama walaupun beliau masih lagi kecil. Kanak-kanak di bawah umur tujuh ataupun lapan tahun selalunya tidak menghiraukan keadaan sekeliling mereka. Namun, Aisyah Ummul Mukminin mempunyai daya ingatan yang tajam dan peka pada pelbagai perkara. Beliau dapat mengingati hadis-hadis Nabi Muhammad dan memahami setiap hadis-hadis itu serta mampu menerangkan perbuatan ataupun perkataan beliau dengan terperinci. Aisyah juga dapat menjelaskan rahsia di sebalik peristiwa yang dialaminya semasa kecil. Lebih menakjubkan lagi, Aisyah dapat menghafal ayat Quran walaupun beliau hanya mendengar bacaan itu sepintas lalu iaitu sedang bermain.

Menurut catatan yang direkodkan Bukhari, Aisyah berkata “Semasa saya masih kecil dan suka bermain-main, Nabi Muhammad SAW menerima ayat berikut ( ayat 46, Surah Al-Qamar) semasa di Mekah iaitu, ‘Bahkan hari Kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (bagi menerima balasan yang sepenuh-penuhya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.

Ketika penghijrahan Rasulullah ke Madinah, Aisyah baru berusia lapan tahun. Walaupun begitu, beliau dapat mengingati serta memahami semua rahsia hijrah itu secara terperinci. Kata-kata Aisyah berkenaan peristiwa hijrah ada dicatatkan dalam buku Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Haditsul Ifki: Khabar Angin dan Fitnah

Aisyah Ummul Mukminin pernah mengalami fitnah yang mengotori lembaran sejarah kehidupan sucinya, hingga turun ayat Al-Q ur’an yang menerangkan kesucian dirinya. Kisahnya terjadi setelah perang Bani Mushtaliq. Seperti biasanya, sebelum berangkat perang, Rasulullah mengundi isterinya yang akan menemaninya seperti biasa. Aisyah berkata “…Lalu dilakukan undian bagi memilih siapa antara kami yang akan menemani kekasih Allah ke medan perang itu. Ternyata nama saya terpilih. Lalu saya pun berangkat bersama Nabi Muhammad SAW.” Setelah perang selesai dan kaum muslimin mendapat kemenangan, Rasulullah kembali ke Madinah. Ketika tentara Islam tengah beristirahat di sebuah pelataran, Aisyah masih berada di dalam usungan untanya. Pada malam harinya, Rasulullah mengizinkan rombongan berangkat pulang. Ketika itu Aisyah pergi untuk hajatnya, dan kembali. Ternyata, kalung di lehernya jatuh dan hilang, sehingga dia keluar dari usungan dan mencari-cari kalungnya yang hilang. Ketika pasukan siap berangkat, usungan Aisyah yang mereka angkat ternyata kosong. Aisyah berkata “Semasa dalam perjalanan, saya diusung oleh beberapa orang. Semasa saya sibuk mencari rantai yang putus itu, orang itu datang lalu mengangkat usungan saya. Mereka meletakkan usungan itu ke atas unta yang biasa saya tunggangi. Mereka menyangkakan saya berada dalam usungan itu. Pada masa itu, kebanyakan perempuan bertubuh kurus dan ringan kerana kurang makan. Jadi mereka tidak perasan usungan itu kosong. Saya masih muda pada masa itu. Rombongan itu pun pergi meninggalkan saya.” Aisyah berasa yakin beliau dapat menjumpai semula rantai yang hilang itu sebelum pasukan muslimin berangkat. Oleh yang demikian, beliau tidak memberitahu sesiapa pun tentang kepergiannya dan tidak meminta sesiapa menunggunya. Aisyah tidak meninggalkan tempat itu, dan mengira bahwa penuntun unta akan tahu bahwa dirinya tidak berada di dalamnya, sehingga mereka pun akan kembali ke tempat semula. Ketika Aisyah tertidur, Shafwan bin Mu’aththal memacu untanya dan melintas di kawasan itu. Dia mendekati Aisyah  dan segera mengenalinya. Dia menjerit dengan rasa terperanjat lalu mengucapakan “Innalillahi wainna ilaihi raji’un”. Pada masa itu perintah hijab belum diturunkan. Dia pun mempersilakan Aisyah menunggangi untanya dan dia menuntun di depannya. Berawal dari kejadian itulah fitnah tersebar, yang disulut oleh Abdullah bin Ubay bin Salul.

Ketika tuduhan itu sarnpai ke telinga Nabi, beliau mengumpulkan para sahabat dan meminta pendapat mereka. Usamah bin Zaid berkata, “Ya Rasulullah, dia adalah keluargamu … yang kau ketahui hanyalah kebaikan semata.“ Ali juga berpendapat, “Ya Rasulullah, Allah tidak pernah mempersulit engkau. Banyak wanita selain dia.” Dari perkataan Ali, ada pihak yang memperuncing masalah sehingga terjadilah pertentangan berkelanjutan antara Aisyah dan Ali. Mendengar pendapat-pendapat dari para sahabat Nabi, bentambah sedihlah Aisyah, terlebih setelah dia melihat adanya perubahan sikap pada diri Nabi.

Ketika Aisyah sedang duduk-duduk bersarna orang tuanya, Rasulullah menghampirinya dan bersabda:

“Wahai Aisyah aku mendengar berita bahwa kau telah begini dan begitu. Jika engkau benar-benar suci, niscaya Allah akan menyucikanmu. Akan tetapi, jika engkau telah berbuat dosa, bertaubatlah dengan penuh penyesalan, niscaya Allah akan mengampuni dosamu.” Aisyah menjawab, “Demi Allah, aku tahu bahwa engkau telah mendengar khabar ini, dan ternyata engkau mempercayainya. Seandainya aku katakan bahwa aku tetap suci pun, niscaya hanya Allahlah yang mengetahui kesucianku, dan tentunya engkau tak akan mempercayaiku. Akan tetapi, jika aku mengakui perbuatan itu, sedangkan Allah mengetahui bahwa aku tetap suci, maka kau akan mempercayai perkataanku. Aku hanya dapat mengatakan apa yang dikatakan Nabi Yusuf, ‘Maka bersabar itu lebih baik’. Dan Allah pula yang akan menolong atas apa yang engkau gambarkan.”

Aisyah sangat mengharapkan Allah menurunkan wahyu berkaitan dengan masalahnya, namun wahyu itu tidak kunjung turun. Baru setelah beberapa saat, sebelum seorang pun meninggalkan rumah Rasulullah, wahyu yang menerangkan kesucian Aisyah pun turun kepada beliau. Rasulullah segera menemui Aisyah dan berkata, “Bersyukurlah wahai Aisyah, Allah telah membebaskanmu daripada semua tuduhan.”

Ayat 11 hingga 19 surah an-nuur berbunyi, “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita dusta itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita dusta itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.” (QS. An-Nuur:11)

Demikianlah kemulian yang disandang Aisyah, sehingga bertambahlah kemuliaan dan keagungannya di hati Rasulullah.

Dipetik berdasarkan buku “Aisyah Ummul Mukminin Keanggunan Sebenarnya” karya Sulaiman An-Nadawi.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: